
Sultan Johor berkenan pandu keretapi kali kesembilan
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memandu kereta api untuk kali kesembilan dari Stesen JB Sentral ke Segamat yang berlepas kira-kira jam 9.45 pagi tadi.
Tuanku berangkat dari Istana Pasir Pelangi dan tiba di Stesen JB Sentral kira-kira jam 9.30 pagi.
Sultan Ibrahim yang memandu lokomatif enam gerabak melibatkan perjalanan lebih empat jam itu dijangka tiba di Stesen Segamat kira-kira jam 2.30 petang.
Kemudiannya, lokomotif berkenaan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan dijadualkan tiba di Stesen KL Sentral kira-kira jam 4.30 petang.
Bagi perjalanan dari Johor Bahru-Segamat itu turut melalui stesen Kempas, Layang-Layang, Renggam, Kluang, Paloh, Bekok, Labis, Genuang dan Segamat itu. Tuanku turut diiringi Pemamdu Lokomatif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Kamal Asmawi dan Supawi Ismail.
Sebelum perjalanan bermula, bacaan doa disempurnakan Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsudin.
Untuk rekod, Sultan Ibrahim memiliki Lesen Memandu Kereta Api Kelas 26 pada 28 Julai 2010. Tuanku juga turut membawa pulang kereta api dari Stesen Tanjong Pagar, Singapura pada 30 Jun 2011.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: