Friday, February 19, 2016

Spider Cafe pelengkap nasi lemak spiderman




Spider Cafe pelengkap nasi lemak spiderman
Orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama Spiderman selepas mendapatkan Nasi Lemak Spiderman RM2 di Taman Bendahara, semalam.

KOTA BHARU - Setelah berjaya ‘mencetuskan’ fenomena baharu dalam pasaran nasi lemak di negeri ini, peniaga Nasi Lemak Spiderman, Zawawi Ghazali kini dalam proses memperkenalkan minuman seisi keluarga, Spider Cafe sebagai pelengkap kepada hidangan sarapan yang dijual.
Menurutnya, air tersebut akan berada di pasaran tidak lama lagi dan selepas ini, pelanggan akan mempunyai pakej lengkap bersama air ketika mendapatkan Nasi Lemak Spiderman di gerainya.
“Itu perancangan yang kini dalam proses penghasilan, kita jangka Spider CafĂ© akan berada di pasaran dalam masa terdekat jika segala proses berkaitan selesai,” katanya kepada Sinar Harian di Taman Bendahara di sini, semalam.
Mengulas perniagaan Nasi Lemak Spiderman RM2 yang dimulakan sejak dua minggu lalu, Zawawi berkata, sambutan diterima begitu menggalakkan apabila 367 bungkus nasi lemak jualannya habis dalam masa 30 minit hingga satu jam setengah, setiap pagi.
“Walaupun permintaan begitu menggalakkan, namun saya tidak mahu terlalu mengejar keuntungan sehingga mengabaikan aspek keaslian rasa nasi lemak itu sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Zawawi berkata, konsep ‘berpindah’ dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain diterapkan dalam kaedah memasarkan Nasi Lemak Spiderman dengan harapan lebih ramai dapat menikmati hidangan sarapan tanpa perlu pergi jauh.
“Setakat ini saya sudah menjelajah beberapa lokasi termasuk KTC, Stadium Sultan Muhammad IV, Tanah Merah, Pasir Tumbuh dan hari ini (semalam) di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, manakala lokasi seterusnya akan ditentukan selepas mengenal pasti tempat-tempat tumpuan ramai,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: