Friday, February 19, 2016

Silat mampu bentuk akhlak golongan muda



Silat
Pergerakan seni silat warisan pusaka.
TANGKAK - Ilmu persilatan bukan hanya dipelajari untuk mempertahankan diri malah ia mampu memperbaiki akhlak golongan generasi muda menerusi disiplin tinggi yang diterapkan dalam warisan seni bela diri terbabit.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Ledang, Sahrihan Jani berkata pembukaan sesebuah gelanggang silat bukan hanya untuk mengajar ilmu persilatan malah dapat mendekati golongan muda daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat.
"Nilai disiplin tinggi ketika berada di dalam gelanggang mampu membentuk golongan belia yang berakhlak mulia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Gelanggang Persatuan Seni Silat Sendeng Sawah Ring, dekat Kampung Sawah Ring, Grisek, di sini hari ini.
"Dengan pendekatan ini kita bukan hanya dapat mempertahankan warisan seni silat malah dalam masa yang sama dapat membentuk generasi baharu yang mempunyai jati diri," katanya.
Hadir sama Guru Utama Persatuan Seni Silat Sendeng Johor, Rosmani Abd Samad, Ketua Kampung Sawah Ring, Wasmin Ab Fatah dan Pengerusi Persatuan Seni Silat Sendeng Sawah Ring, Hussein Mujip.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: