Thursday, February 18, 2016

Rusia rancang hantar robot angkasawan




Rusia rancang hantar robot angkasawan
Robot digelar Fyodor ini menyerupai manusia dan turut mempunyai kepala, badan serta tangan.
MOSCOW - RUSIA. Kerajaan Rusia merancang untuk menghantar robot ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk menjalankan tugas berbahaya menggantikan angkasawan.
Timbalan Perdana Menterinya, Dmitry Rogozin berkata, dua robot prototaip milik tentera Moscow yang dinamakan sebagai Fyodor ini mampu berada di ruang angkasa dalam tempoh lebih lama berbanding manusia.
“Robot ini mampu melakukan sesebuah misi angkasa secara berterusan selama berbulan-bulan berbanding manusia yang hanya mampu berada di ruang angkasa selama sembilan jam," katanya.
Menurutnya, ia akan dikendalikan oleh kru yang memakai sebuah sut khas untuk mengawal robot angkasawan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: