Friday, February 19, 2016

Lelaki derita miliki kaki seberat 'anak gajah'



Lelaki derita miliki kaki seberat 'anak gajah'
Keadaan kaki Arun yang membesar
CHENNAI - INDIA. Seorang lelaki menderita penyakit misteri yang menyebabkan kakinya membesar sehingga mencapai berat seekor anak gajah.
Arun Rajasingh, 34, dari selatan India mengalami gangguan genetik pelik sejak dilahirkan yang menyebabkan pembesaran kaki yang tidak normal.
Kaki kananya kini mempunyai berat 100kg iaitu kira-kira berat badan seperti anak seekor gajah yang baru lahir.
Doktor bagaimanapun masih tidak dapat mengenalpasti penyakit yang dihadapi lelaki itu dan dia kini hanya menjalankan fisioterapi dan mengambil ubat untuk mengurangkan rasa sakit dikakinya itu.  
Menurutu Arun, doktor sedang menjalankan kajian tentang penyakitnya itu dan masih belum menemui ubat bagi merawatnya.
"Walaupun kadang-kadang berasa tawar hati untuk sembuh namun dia masih belum putus harapan sama sekali," katanya dipetik DailyMail.
Kongsi Arun lagi, ketika kecil dia hanya dijangkakan dapat hidup untuk beberapa minggu namun membuktikan ramalan itu salah malah masih bernyawa sehingga kini.
Arun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan terpaksa mendapatkan bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian seperti memakai baju dan ke tandas.
"Keadaan ini dialami semenjak lahir lagi melibatkan kedua-dua belah kaki namun kaki kanan membesar dengan lebih teruk," katanya.
Arun berjaya menghabiskan pengajiannya di koleh kejuruteraan, namun keadaannya memaksanya untuk berhenti kerja.
Dia kini cuba untuk membangunkan sebuah syarikat perisian dan menjadikan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs sebagai idolanya.
"Kekurangannya itu menjadikannya lebih kuat dan berharap akan memperoleh kejayaan dalam perniagaanya kelak.
"Selepas terpaksa berdepan dengan cabaran fizikal dan mental, saya berasa kuat," ujarnya
Arun  turut berharap agar ada individu  mampu untuk mencari penyelasaian dalam merawat penyakit misterinya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: