Gambar hiasan
FUKUOKO - JEPUN. Seorang ibu memaksa anak gadisnya makan lebih 30 ekor ikan emas sebagai hukuman kepadanya, lapor AFP
Yuka Ogata dan teman lelakinya Takeshi Egami, ditahan memaksa anaknya itu makan ikan emas yang telah mati pada bulan Jun, kata polis kepada AFP sambil menambah gadis itu mendakwa dia turut didera hampir setiap hari.
Media tempatan melaporkan, pasangan yang tinggal di Fukuoka wilayah barat daya Jepun membunuh ikan tersebut dengan menuang bahan pencuci ke dalam bekas ikan tersebut.
Remaja itu kemudiannya dipaksa untuk makan lebih 30 ekor ikan seekor demi seekor, lapor Nippon Televisyen Network.
Tiada kesan kesihatan akibat paksaan kepada remaja itu dilaporkan.
Ogata dan Egami dilaporkan mengikat remaja itu dengan tali, menumbuk muka dan mencucuh putung rokok di lidah remaja itu pada tahun lalu.
Kes ini menjadikan rentetan kes terbaru berhubung penderaan di Jepun.
Bulan lalu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia selepas ibunya sengaja menuangkan air mendidih ke atas kanak-kanak itu menyebabkan dia mengalami kecederaan serius di mukanya.
Menurut Kementerian Kesihatan, pusat-pusat perlindungan kanak-kanak Jepun diuruskan dengan rekod 89,000 kes penderaan pada tahun berakhir Mac 2015.
Jepun juga bergelut dengan penderaan terhadap warga tua.
Seorang bekas pekerja rumah jagaan ditahan pada Isnin kerana didakwa mencampakkan seorang warga emas berusia 87 tahun dari balkoni pada tahun 2014.
Media tempatan melaporkan bahawa suspek juga mengaku membunuh dua lagi penduduk di tahun 80-an dan 90-an mereka dengan mencampakkan mereka dari balkoni pada tahun yang sama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: