Elizabeth yang mempersembahkan lagu Knock Knock pada pertandingan berkenaan berkata, dia tidak berkecil hati apabila peminat mengkritik vokalnya kerana dia sendiri merasakan kelemahan itu.
"Sejujurnya saya sendiri malu dengan persembahan saya pada malam itu kerana terlalu banyak kelemahan.
"Saya tidak kecil hati apabila dikritik kerana jika itu bukan saya, saya pun akan beri komen negatif," katanya kepada mStar Online.
Elizabeth atau lebih mesra dengan sapaan Lizzy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Gong Xi Raya bersama artis Paranormal di sini Selasa.
Dalam pada itu, Elizabeth berkata, perasaan gementar dan tidak sihat pada hari AJL 30 menjadi punca utama kemunculannya seolah-olah tidak bersedia selain vokalnya sumbang.
Elizabeth bakal tampil dengan single terbaharu pada Mac.
Dia sudah cuba memberikan persembahan terbaik dan akan mengambil semua kritikan untuk memperbaiki dirinya pada masa hadapan.
"Perkara pun sudah berlaku dan saya ambil pengajaran daripadanya kerana hendak menyesal pun sudah terlambat.
"Paling penting saya kena terbuka dengan kritikan dan mengambil komen-komen itu untuk memperbaiki diri pada masa akan datang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Elizabeth berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan single berbahasa Melayu terbaharunya dan menjangkakan akan dilancarkan pada Mac depan.
Menariknya kata Elizabeth, lagu terbaharu itu akan mendapat sentuhannya sendiri sebagai penulis lirik dan lagu digubah oleh Audi Mok dan Mike Chan.
"Ini adalah percubaan pertama saya untuk menulis lirik untuk single terbaharu dan mengikut perancangan ia akan dilancarkan pada Mac," ujarnya.
Tambahnya lagi, dia juga bakal merakamkan sebuah single duet bersama penyanyi Indonesia, Kunto Aji untuk pasaran di negara itu.
"Selain memfokuskan karier di Malaysia, saya juga ingin mencuba nasib di Indonesia dan syukur sekarang pun sudah ada peminat di sana.
"Single duet berkenaan adalah percubaan menembusi pasaran di sana," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: