
Pengunjung Chicken Chop RM3.90 milik Azizani semakin meningkat selepas Sinar Harian menyiarkan laporan mengenainya menerusi ruangan Singgah Murah.
JERTIH - Sebuah kedai makan yang menawarkan 'chicken chop' dengan harga RM3.90 sepinggan diserbu pelanggan dari jauh mahupun dekat selepas berita mengenai premis berkenaan dilaporkan Sinar Harian dalam ruangan Singgah Murah, minggu lalu.
Pemilik premis, Azizani Ab Ghani, 44, berkata, sejak disiarkan, jumlah pelanggan ke kedainya meningkat beberapa kali ganda.
Menurutnya, ada pelanggan dari Machang, Kelantan yang datang ke kedainya semata-mata untuk menikmati dan melihat sejauh mana 'chicken chop' yang dijual dengan harga serendah itu.
“Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan set menu tersebut yang turut dilengkapi kentang goreng, mayones dan sos lada hitam dengan resipi istimewa,” katanya yang mengusahakan perniagaan tersebut di tepi bangunan sebuah pasar raya di bandar Jertih.
Menurut bekas anggota TLDM itu lagi, walaupun mengenakan harga rendah, tetapi dia tidak mengambil mudah mengenai kelazatan makanan yang dijual.
“Saiznya sedikit kecil daripada 'chicken chop' yang mahal, tetapi sudah memadai walaupun untuk orang dewasa. Saya tawar harga tersebut bagi memastikan orang ramai mampu menikmati makanan ini, apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang,” katanya, semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: