
SELEPAS kejayaan Oh My Ganu yang ditayangkan pada November 2013 lalu, kini kesinambungan telefilem Oh My Ganu 2 lebih rancak dengan barisan pelakon popular tanah air termasuk Zizan Razak, Datuk Rahim Razali, Izzue Islam dan Izara Aishah.
Oh My Ganu 2 adalah telefilem kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu. Telefilem kali ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebagai Zizang, musuh lama Mr Henry Middleton (Zain Saidin) yang turut sama ingin memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah).
Buat pertama kalinya dalam Oh My English, penonton diberikan kuasa untuk memilih pengakhiran yang mana menjadi pilihan mereka; dengan mengundi sama ada Cikgu Ayu akan bersama Zizang ataupun Mr Henry Middleton.
Ketua Bahagian Pendidikan Astro, Vickie Lai berkata, Oh My English! Class Of 2015 telah menerima maklum balas sangat memberangsangkan dengan lebih 7.8 juta rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.
“Untuk itu, bagi menghargai sokongan mereka selama ini yang tidak berbelah bahagi, kami memberi kuasa kepada mereka untuk menentukan pengakhiran telefilem Oh My Ganu 2!, di mana undian mereka akan membantu Cikgu Ayu memilih sama ada Mr. Middleton ataupun Zizang sebagai pasangannya.
“Tiada apa lagi yang lebih berharga daripada pengalaman bersama dengan karakter-karakter ini selama 4 tahun,” katanya.
Penonton boleh memilih untuk menentukan pengakhiran telefilem versi Henry (#TeamHenry) ataupun pengakhiran telefilem versi Zizang (#TeamZizang) dengan menyertakan hashtag pilihan mereka di akaun Twitter masing-masing ataupun dengan cara mengundi di laman sesawang rasmi Oh My English, www.ohmyenglish.com.my.
Penonton boleh mengundi berulang kali bermula 27 Disember 2015 lalu jam 7 petang sehinggalah ke hari tayangan perdana Oh My Ganu 2!, 16 Januari ini jam 9 malam.
Keputusan undian terkini boleh dilihat di laman sesawang Oh My English dan juga Astro TVIQ, namun 2 jam sebelum tayangan, ia akan dirahsiakan bagi memberi debaran kepada semua penonton. Pengakhiran cerita dengan undian tertinggi akan dimainkan di akhir telefilem.
Oh My Ganu 2 yang akan bersiaran secara eksklusif pada 16 Januari 2016, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: