Tuesday, January 12, 2016

Fonebud Essential Plus tarik perhatian antarabangsa




Fonebud Essential Plus tarik perhatian antarabangsa

AKSESORI telefon pintar, Fonebud Essential Plus berjaya menarik perhatian pembeli di Pameran Elektronik Pengguna (CES), Las Vegas.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pensonic, Dixon Chew berkata, sambutan daripada pengunjung perdagangan sangat menggalakkan dan berjaya mengadakan beberapa janji niaga bagi siri produk Fonebud semasa pameran itu.
"Syarikat menerima pertanyaan perniagaan yang sangat baik daripada pembeli Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat.
"Kami berpuas hati dengan penyertaan ini dan bukan sahaja pengalaman, pendedahan produk sama dan teknologi terkini," katanya.
Produk tersebut dipamerkan Pensonic Holdings Bhd, syarikat berasal dari Pulau Pinang .
Fonebud Essential Plus merupakan kemuncak kerjasama Pensonic dan Sunweu Sdn Bhd yang berpangkalan di Bayan Lepas.
Fonebud Smart Companion Series ialah sumber kuasa telefon pintar, tablet dan peranti USB mudah alih dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: