• BSN Kelantan catat rekod tertinggi RM30 juta Mohd Sofi (tiga, kiri) menyerahkan replika kunci kepada wakil pemenang cabutan Tempatan SS P untuk bulan Ogos Ahmad Mohd Noor yang membawa pulang kereta Perodua Viva.
BANK Simpanan Nasional (BSN) Kelantan mencatatkan keuntungan jualan bulanan paling tinggi melebihi RM30 juta, sejak 35 tahun cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) diperkenalkan.

Naib Presiden Kanan Jabatan Perbankan Islam BSN Mohd Sofi Mat Jahaya berkata, jumlah kutipan Ogos itu menjadikan Kelantan berada di tangga teratas berbanding negeri lain sepanjang karnival Cabutan SSP diadakan di Malaysia.

“Keuntungan Kelantan dianggarkan pada tahap RM25 juta dan sehingga (kelmarin) jumlah jualan melebihi RM30 juta. Sasaran ditetapkan untuk karnival ini sangat menggalakkan dan ia telah melepasi unjuran sebelum melancarkan karnival SSP untuk Kelantan,” katanya sempena karnival Cabutan SSP Bulan Ogos BSN Kelantan,
Berhubung karnival itu, Mohd Sofi berkata, sepanjang tahun ini 44,000 hadiah disediakan berbanding tahun sebelumnya iaitu 37,000 dengan nilai RM1.3 juta.

“BSN juga memperkenalkan cabutan istimewa dengan menawarkan SSP bernilai RM1,000,000 bagi pemegang simpanan minimum RM3,000 dan akan diumumkan Disember nanti di Johor,” katanya.

Sempena karnival itu BSN turut merasmikan kempen “Beli SSP-Percuma Keahlian AAM” iaitu pemegang SSP Edisi Khas dengan simpanan RM3,000 ke atas layak untuk menerima keahlian secara percuma selama setahun.

Mohd Sofi (tiga, kiri) menyerahkan replika kunci kepada wakil pemenang cabutan Tempatan SSP untuk bulan Ogos Ahmad Mohd Noor yang membawa pulang kereta
Perodua Viva.