- Mohd Khairul Nizam dibawa keluar oleh anggota polis selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima suapan RM3,000 di mahkamah sesyen di sini, semalam.
Mohd Khairol Nizam Mohd Asari, 27, didakwa memperoleh suapan tersebut sebagai dorongan untuk melupuskan fail siasatan Jais supaya Putu Suciani tidak didakwa di mahkamah syariah atas tuduhan berkhalwat.
Perbuatan dilakukan di Pavilion Cafe, Hotel Concorde, di sini jam 6.10 petang pada 11 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2019 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.
Sabit kesalahan membawa hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Hakim M Bakri Abd Majid membenarkan Mohd Khairol Nizam dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000.
Kes akan disebut semula 3 Oktober depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: