Wednesday, September 4, 2013

Ambil PATI rugikan majikan



FAIZAL NAZARUDDIN SEBAHAGIAN daripada PATI yang berjaya diberkas di sebuah tapak pembinaan di Sungai Batu Bahat, Kangar semalam.


KOTA BHARU – Kementerian Sumber Manusia sedia berbincang dengan majikan yang menghadapi masalah tenaga kerja selepas kerajaan bertindak melancarkan Ops 6P Bersepadu, mulai 1 September lalu.
Timbalan menterinya, Datuk Ismail Abdul Muttallib (gambar kecil) berkata, terdapat sektor tertentu yang kini terjejas dengan operasi itu walaupun tiada laporan rasmi mengenainya.
“Kalau ada masalah, majikan boleh datang untuk berunding dengan kementerian. Ini akhirnya memberi kebaikan kepada majikan agar mendapatkan tenaga kerja luar yang sah.
“Apa yang telah kerajaan lakukan itu adalah satu kebaikan kerana dengan cara itu majikan akan mendapat tenaga kerja yang masuk mengikut peraturan dan bebas penyakit serta jenayah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Pekerjaan Azam Kerja 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: