
HASAN (kanan) beramah mesra dengan tetamu pada rumah terbuka Angkasa di Petaling Jaya, Selangor semalam.
PETALING JAYA – Usaha menaik taraf pertubuhan koperasi di seluruh negara akan menjadi salah satu agenda dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen 25 Oktober depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, penaiktarafan itu bagi membolehkan jalinan perniagaan antara koperasi dengan individu serta syarikat ditingkatkan sekali gus memperkasa pembangunan ekonomi negara.
Menurutnya, sehingga akhir tahun lalu, terdapat 10,087 koperasi berdaftar di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 7.03 juta orang.
“Kebanyakan koperasi berada dalam keadaan baik tetapi kita mahu ia tampil ke hadapan supaya mampu berdaya saing dengan sektor-sektor lain di negara ini.
“Buat masa ini, koperasi merupakan bidang ketiga terpenting tetapi saya juga mahu ia menjadi salah satu sektor utama selain sektor awam dan swasta,” katanya selepas majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: