Wednesday, September 4, 2013
Usah buang masa di laman sosial
SEREMBAN – Penjawat awam diingatkan agar tidak terlalu taksub atau terpedaya dengan entri di laman sosial sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka sewaktu bekerja.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sikap sesetengah penjawat awam yang gemar memberi komen atau ‘berdiskusi’ tentang sesuatu entri dalam laman sosial bukan hanya melalaikan malah boleh menjejaskan prestasi kerja.
“Kadangkala masa yang ada di pejabat itu lebih banyak ditumpukan untuk berdiskusi dalam laman sosial berkenaan sehingga membawa kepada penjajahan fikiran yang tidak sihat.
“Saya ingin memberi nasihat kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara agar jangan hilang fokus terhadap kerja dan jangan terlalu taksub dan terikut-ikut dengan isu yang dimuat naik dalam Facebook,” katanya selepas menghadiri Seminar Pertubuhan Keselamatan Pekerja Kakitangan Kontrak Kerajaan di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: