Friday, July 5, 2013

Tempah barang kini boleh dibuat menerusi posmen



HASNUL (tiga dari kiri) melawat gerai pameran jualan di majlis pelancaran perkhidmatan MyShopping oleh Pos Malaysia di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Para pelanggan Pos Malaysia Berhad kini tidak perlu lagi keluar ke premis-premis perniagaan untuk membeli-belah, sebaliknya mereka kini boleh membuat tempahan barangan menerusi posmen dan barang akan dihantar terus ke pintu rumah.
Perkhidmatan baharu yang dikenali sebagai MyShopping itu akan dikendalikan lebih 5,000 posmen di seluruh negara yang bertindak sebagai ejen jualan.
Ketua Pegawai Operasi Penyelesaian Komunikasi dan Edarannya, Hasnul Haniff berkata, para pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pembelian barangan terus ke pintu rumah melalui pengedaran risalah dan borang tempahan barang oleh posmen.
“Ia satu-satunya kaedah membeli-belah secara mudah di negara ini yang ditawarkan Pos Malaysia dan MyShopping memfokuskan penjualan produk tempatan dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan perkhidmatan MyShopping di Kompleks Bazaar Souq Al-Bukhary di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: