Monday, June 4, 2012

Tawar khidmat katering berpatutan

Antara lauk pauk yang disediakan oleh Dqis Enterprise untuk majlis perkahwinan.

ARUS kemodenan yang menyaksikan kehidupan harian sering dibebani waktu menyebabkan perkhidmatan katering semakin menjadi pilihan untuk mengadakan pelbagai majlis jamuan mahu pun kenduri perkahwinan.

Perkhidmatan itu bukan sahaja lebih praktikal kerana membantu urusan menjadi lebih mudah, selesa dan tidak meletihkan tetapi tuan rumah juga boleh menumpukan perhatian untuk melayan tetamu tanpa memikirkan perkara-perkara lain.

Menerusi perkhidmatan tersebut, peruntukan pembelanjaan bagi makanan yang disediakan juga hanya perlu mengikut jumlah tetamu yang diundang sekali gus membolehkan penilaian kewangan dibuat dan mengelakkan pembaziran.

Untuk itu, DQIS Enterprise tidak ketinggalan menawarkan perkhidmatan katering yang berpatutan dan berbaloi kepada pelanggannya.

Selepas lebih tiga tahun beroperasi, syarikat berkenaan yang berpusat di Padang Serai, Kedah semakin berkembang dan menjadi antara penyedia hidangan pilihan ramai untuk mengadakan jamuan atau majlis perkahwinan.

DQIS Enterprise memenuhi keperluan pelanggannya dengan menyediakan pelbagai pakej daripada harga permulaan serendah RM4.60 bagi satu kepala yang mampu ditempah oleh pelanggan.

Lebih menarik, syarikat berkenaan hanya memastikan penggunaan ayam dan daging tempatan yang segar dan halal dalam masakan mereka untuk dihidangkan kepada tetamu jemputan.

Pengurusnya, Rozlyn Basharuddin berkata, pakej hidangan perkahwinan yang ditawarkan DQIS Enterprise berbeza-beza mengikut kemampuan pelanggan dengan jumlah tempahan minimum 500 orang jemputan dari harga RM4.60 hingga ke RM8.30 satu kepala.

Sebagai contoh katanya, pakej hidangan 'Katering Rakyat' menawarkan harga serendah RM4.60 bagi satu kepala.

"Set ini merangkumi seratus peratus nasi minyak, ayam masak merah, dalca sayuran, buah tembikai dan air sirap.

"Menerusi pakej seperti ini, semua lapisan masyarakat khususnya golongan pertengahan juga mampu untuk mengadakan majlis jamuan yang memuaskan kepada tetamu jemputan mereka," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Rozlyn, antara pakej lain yang ditawarkan ialah 'Menu Cempaka' berharga RM8.30 bagi satu kepala yang menyediakan 20 peratus nasi putih dan 80 peratus pilihan nasi bertumis sama ada nasi minyak atau tomato.

Katanya, pakej itu turut memberi pilihan menu ayam iaitu sama ada masak merah, rendang, gulai, kurma atau gulai ikan kering manakala pilihan menu daging pula sama ada masak hitam, kurma, gulai, rendang atau gulai ikan kering.

Dalca sayuran, pilihan menu jelatah antara timun campur nenas atau air asam tomato, acar buah, buah tembikai atau oren; air sirap atau oren atau air hijau dan 20 peratus minum petang iaitu teh tarik turut disediakan menerusi pakej ini.

Selain itu, bagi tempahan untuk 1,000 jemputan dan ke atas untuk pakej ini, DQIS Enterprise menyediakan secara percuma lima peratus makanan tambahan, tiga unit kanopi, dua unit stesen bufet, seunit kanopi pengantin, krew pengurusan majlis, 100 peratus pengurusan majlis dan 60 keping fotografi suasana majlis tanpa edit dalam bentuk cakera digital (CD).

"Selain menyediakan pelbagai pakej hidangan, kami turut menyediakan perkhidamatan sewa peralatan kenduri dan kanopi.

"Yang pasti, DQIS Enterprise sedaya upaya menjadi pusat sehenti untuk mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan atau jamuan. Kami sedia membantu menguruskan majlis dengan sebaik mungkin," katanya.

Rozlyn berkata, pihaknya bukan sekadar menawarkan perkhidmatan katering bagi majlis perkahwinan tetapi turut melibatkan majlis keraian seperti menyambut kelahiran, kenduri kesyukuran, program kerajaan dan lain-lain.

Di samping itu katanya, mereka juga menerima tempahan sebagai tukang masak di sesebuah majlis.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan DQIS Enterprise dan untuk sebarang maklumat lanjut, boleh melayari laman web www.dqis2u.com atau laman sosial facebook dqis2u.com atau hantarkan emel ke admin@dqis2u.com atau hubungi talian 019-4077570.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: