Menurut pendapat ahli sains, terdapat lebih daripada 270,000 spesies bunga di dunia dan setiap daripadanya memiliki kecantikan yang tersendiri.
Tidak kira musim sama ada musim sejuk, musim panas, musim luruh atau musim bunga, ia sentiasa kekal sebagai simbol yang unik buat manusia.
Oleh yang demikian, memiliki sebuah taman bunga yang indah merupakan impian bagi kebanyakan individu.
Namun bagi yang belum berkesempatan memiliki taman impian, bolehlah penuhi impian tersebut dengan mengunjungi taman bunga terbesar dan terindah di dunia.
Terletak di Keukenhof, Lisse, Belanda, taman bunga itu mempunyai keluasan seluas 32 hektar yang terletak tidak jauh dari kota Den Haag.
Bagi mereka yang berpeluang untuk mengunjungi destinasi ini, pastinya berkesempatan menyaksikan keindahan yang sangat luar biasa. Mana tidaknya, pelbagai spesies bunga segar yang berwarna-warni boleh ditemui di sana.
Bagaimanapun daripada ribuan bunga yang ditanam di sekitarnya, bunga daripada spesies tulip merupakan bunga yang paling menonjol di sana.
Bunga tulip di taman tersebut dipamerkan dalam pelbagai aneka warna dan mendominasi hampir 80 peratus kawasan taman tersebut.
Ada yang mengatakan bahawa bunga tulip di Keukenhof mempunyai hampir 100 jenis warna yang berbeza.
Populariti bunga ini semakin mendapat sambutan setelah dinobatkan sebagai bunga nasional Belanda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: