|
LAUT di Pulau Bidong, Terengganu tiba-tiba bergelora dengan kocakan air. Tidak diketahui secara jelas apakah yang menyebabkan suasana itu terjadi.
Lebih lama diperhatikan, kocakan itu semakin jelas, lebih-lebih lagi di kawasan selam skuba Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pulau Bidong di mana menjadi lokasi tenggelamnya sebuah traktor ekoran cuaca buruk pada satu masa dahulu. Kini, ia bersemadi menjadi tukun tiruan di situ.
Apapun sebenarnya, kocakan itu terhasil daripada tendangan penyelam skuba muda SSI Scuba Rangers dari Kelab ED Scuba yang menyertai Kem Marin ED Scuba-UMT-Tourism Malaysia pada cuti persekolahan baru-baru ini.
Musim cuti persekolahan sering menjadi platform kepada ibu bapa membawa anak-anak mereka bercuti. Ini sebagai antara ‘upah’ kepada anak-anak mereka selepas menelaah buku pelajaran ketika musim persekolahan.
Namun, tidak semua ibu bapa mempunyai masa untuk membawa anak-anak mereka bercuti dan ada juga ibu bapa yang agak memilih untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti percutian yang dianjurkan oleh individu atau kelab.
Ini semua memberi ilham kepada Pengarah Projek ED Scuba, Nor Azlan Zain untuk menganjurkan satu percutian musim cuti persekolahan yang bertemakan alam marin dan dinamakan Kem Marin ED Scuba.
Kini, kem cuti persekolahan itu sudah mencapai tahun kelima kewujudannya sejak dimulakan di Pulau Perhentian, Terengganu pada tahun 2008.
Apa yang menarik kali ini ialah, ia diadakan di Pulau Bidong, juga di Terengganu, pulau yang dipenuhi dengan pelbagai sejarah menarik dan diberi tema Eksplorasi Keajaiban Alam.
Menurut Azlan, kem marin di Pulau Bidong itu turut mendapat kerjasama erat daripada UMT yang turut menyediakan prasarana bagi kemudahan peserta di Pusat Penyelidikan UMT, Pulau Bidong.
“Pada mulanya, kami agak keberatan untuk mengadakan program kem marin di Pulau Bidong. Maklumlah, tempat ini bukan merupakan destinasi pelancongan dan yang pastinya kami khuatir tentang keadaan tempat itu.
“Program ini disertai oleh kanak-kanak yang berusia antara tujuh hingga 17 tahun termasuk ibu bapa mereka. Namun selepas mengadakan pertemuan dengan UMT, kami merasakan ini merupakan tempat terbaik untuk diadakan kem cuti persekolahan.
“Pulau Bidong merupakan satu-satunya pulau di Terengganu ini yang tidak diusahakan untuk pembangunan dan ia juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri,” kata Azlan ketika ditemui pada program itu baru-baru ini.
Pengisian menarik
Program selama empat hari tiga malam itu dihadiri oleh lebih 50 kanak-kanak sekolah dan dilihat bukan hanya semata-mata program cuti sekolah namun ia mempunyai pengisiannya yang tersendiri.
Antara yang menarik perhatian semasa program itu berlangsung ialah, ia diselitkan dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah kerjaya dalam bidang marin oleh UMT, penyemaian batu karang, pelepasan anak penyu dan lawatan ke bekas penempatan pelarian hanyut Vietnam.
Kem marin yang mendapat sokongan Tourism Malaysia itu turut menganjurkan aktiviti mencerap matahari dan planet yang diadakan oleh Kelab Astronomi SaiwaGazer dari Subang Jaya.
“Kami sering mengadakan program kem marin dengan aktiviti sokongan. Kami berharap setiap peserta mendapat nilai tambah selain mampu menimba pengetahuan baharu dalam setiap kem marin yang dianjurkan,” kata Azlan lagi.
Pencerapan matahari dan planet yang dilakukan oleh Sairin Salleh itu berjaya menambah minat kepada peserta yang merupakan pelajar skuba muda ED Scuba dan juga anak-anak kakitangan UMT sendiri.
Buat permulaan, Sairin yang juga merupakan ahli jawatankuasa Persatuan Falak Negeri Selangor mempersembahkan tayangan video interaktif mengenai kejadian alam semesta dan bumi kepada para peserta.
“Kita sering dimomokkan dengan Barat mengenai kajian mereka tentang wujudnya alam semesta ini. Namun bagi umat Islam, alam semesta merupakan ciptaan Allah.
“Jadi video saya banyak menerangkan dengan jelas tentang penciptaan alam semesta mengikut al-Quran yang turut diselitkan dengan aspek sains,” jelas Sairin.
Sesi pencerapan matahari dan planet itu berjaya memberikan satu dimensi baharu kepada para peserta selepas mereka berjaya melihat matahari dan planet Zuhal secara dekat menggunakan teleskop Orion 90mm.
“Dengan teleskop ini, kami berjaya mencerap matahari dengan menggunakan penuras matahari, dan juga melihat Zuhal. Kebetulan keadaan cuaca agak mengizinkan,” kata Sairin lagi yang juga merupakan Penolong Pengurus Besar, TM Research & Development Sdn. Bhd.
Selain pencerapan matahari dan planet, semua peserta juga diajar kaedah menyemai batu karang. Sama ada batu karang itu merupakan yang patah secara semula jadi atau dipatahkan manusia, ia boleh diambil untuk ‘ditanam semula’.
Tujuan pemuliharaan
Aktiviti yang mendapat bantuan daripada pakar Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT itu memberi pengalaman berharga kepada peserta yang turut sama membantu menyemai batu karang. Mereka nanti akan dibawa ke Pulau Redang untuk aktiviti Merdeka Dive 2012, juga anjuran ED Scuba, pada September ini.
Peserta Kem Marin ED Scuba-UMT-Tourism Malaysia itu juga dikejutkan dengan kehadiran 20 ekor anak penyu yang dibawa khas oleh Unit Penyelidikan Penyu (SEATRU) UMT yang diketuai oleh Dr. Juanita Joseph dan penasihat, Prof.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: