Saturday, April 7, 2012

Resipi kasih sayang


Leong Chee Kang (bawah kanan) dan Pengarah Pemasaran Serantau bagi Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika, Danny Khoo ( kiri) bersama Chef Wan (atas kanan) dan Chef Ringo Kaw pada majlis pelancaran kempen Tunjukkan Sayang Anda Melalui Rasa, baru-baru ini.


Orang dulu-dulu ada menyebut rahsia menyimpul hati suami adalah melalui makanan kerana kerana hasil 'air tangan' isteri adalah lambang kasih sayang.

Malah sesetengah aroma masakan mampu membawa kita kepada yang disayangi dan tempat yang kita idamkan.

Kadang kala, menikmati hidangan bersama keluarga terutama ketika musim perayaan mampu mencetuskan kenangan yang terindah kerana melalui hidangan ia dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

Segala kenangan tersebut membuatkan kita ingin menzahirkan keenakan rasa hidangan yang membuatkan hati kita sentiasa dekat kepada keluarga.

Seiring dengan itu Lee Kum Kee, jenama pengeluar sos dan perasa asli terulung bercadang untuk memenangi ruang kecil hati masyarakat melalui kempen Tunjukkan Sayang Anda Melalui Rasa.

Pengarah Jualan Lee Kum Kee Malaysia, Singapura dan Brunei, Leong Chee Kang berkata, melalui kempen tersebut, pihaknya akan mengadakan pameran bergerak ke seluruh negara bersama 'dapur bergerak' yang direka khas bagi menyampaikan mesej bahawa perkara baik dalam hidup harus dikongsi bersama dan perkongsian itu adalah lambang kasih sayang'.

Katanya, kempen ini dilancarkan dengan objektif untuk berkongsi keunikan dan kepelbagaian rangkaian sos Lee Kum Kee di dalam setiap hidangan yang disediakan di rumah.

"Kepelbagaian rasa produk Lee Kum Kee bakal dinikmati oleh penduduk setempat dengan hidangan oleh chef terpilih di lokasi-lokasi jelajah dan resipi istimewa untuk dicuba sendiri di rumah akan diberikan," katanya pada majlis pelancaran kempen di Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Chee Kang, kempen tersebut akan menjelajahi lebih 70 lokasi termasuk bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru.

Di setiap lokasi 'dapur bergerak' tersebut akan ditampilkan demonstrasi masakan selama 60 minit dengan menampilkan enam variasi hidangan.

Chef undangan juga akan berkongsi tip-tip masakan istimewa buat pengunjung.

"Antara chef pilihan yang bakal menemui pengunjung sepanjang kempen tersebut berlangsung ialah Chef Wilson Ngew, seorang chef muda yang sedang meningkat naik," katanya.

Sementar aitu pada majlis pelancaran dapur bergerak tersebut, duda chef selebriti terkenal Datuk Chef Wan dan Datuk Chef Ringo Kaw turut mempamerkan bakat masing-masing kepada pengunjung.

Chef Wan yang terkenal dengan karakter ceria dan bersahaja telah memulakan sesi demonstrasi masakan ayam masak kicap soya. Sementara Chef Ringo pula menyediakan hidangan nasi goreng bulan purnama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: