UNGKAPAN jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan memang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja apabila berbicara tentang penyatuan dua hati dan jiwa.
Meskipun dicari di sebalik gunung yang tinggi, kadang-kala pasangan hidup yang ditakdirkan sehidup semati dengan kita, rupa-rupanya sudah lama berada di hadapan mata dan menghirup udara yang serupa.
Hanya menanti waktu dan alasan sesuai untuk setiap pasangan itu diijabkabulkan.
Begitulah kisah cinta yang berlaku antara Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, 67, dan isterinya, Datin Salmiah Mohd Zain, 65. Kedua-duanya berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Pasangan yang berkahwin tanggal 25 Jun 1972 ini asalnya adalah rakan sekuliah ketika menuntut di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri dalam bidang syariah dan undang-undang sebelum menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: