Sunday, April 8, 2012

Priskop dilancar untuk kawal selia koperasi


ISMAIL SABRI (dua dari kanan) dan Lian Hoe (dua dari kiri) menunjukkan buku panduan Priskop di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melancarkan produk penyeliaan Penilaian Risiko Koperasi (Priskop) iaitu kaedah bagi mengawal selia koperasi melalui penarafan risiko yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 6.8 juta ahlinya di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Priskop juga akan membimbing pihak koperasi berdepan keadaan ekonomi tidak menentu, meramal risiko perniagaan dan pengurusan serta memandu koperasi untuk mengambil tindakan awal.

"Ia adalah inovasi SKM bagi melahirkan lebih banyak koperasi besar yang berilmu, fleksibel dan memiliki daya tahan yang tinggi seiring dengan perkembangan teknologi moden," katanya ketika merasmikan Malam Anugerah Bintang Koperasi dan Pelancaran Priskop di sini kelmarin.

Ismail Sabri berharap dengan adanya Priskop, tadbir urus koperasi dapat dipertingkat dan prinsip berkoperasi dapat diamalkan bagi melindungi kepentingan anggota-anggota.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: