Sunday, April 8, 2012

Kotak, sampul surat prabayar dilancar


BEBERAPA kakitangan Pos Malaysia menunjukkan kotak dan sampul surat prabayar yang dilancarkan di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Pos Malaysia Berhad melancarkan kotak dan sampul surat prabayar pos laju untuk memudahkan pelanggan menghantar barang khususnya bagi perniagaan secara online.

Kotak dan sampul surat prabayar itu didatangkan dalam tiga saiz serta berat iaitu dua kilogram (kg), 5kg dan 10kg manakala sampul surat 500 gram (g) dan satu kg.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Khalid Abdol Rahman berkata, penggunaannya memudahkan pelanggan kerana mereka tidak perlu menimbang semula barangan yang ingin diposkan kerana harganya telah ditetapkan mengikut berat pada kotak dan sampul surat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: