
SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mematahkan dua cubaan penyeludupan dadah ke negara ini bernilai hampir RM2 juta Khamis lepas dan menahan tiga lelaki warga asing dalam masa dua jam.
Timbalan Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siti Baya Berahan berkata, sepasukan anggota Kastam Cawangan Narkotik bersama Bahagian Penguatkuasaan KLIA menyerbu sebuah kondominium di Kuala Lumpur pukul 12.30 tengah hari pada hari berkenaan.
Katanya, pihaknya menemui pelbagai jenis dadah dan turut menahan dua lelaki warga Hong Kong berusia 56 dan 60 tahun di kondominium tersebut.
"Hasil pemeriksaan, kami menemui dadah seperti syabu, ketamin, Eramin 5 dan ganja bernilai RM1.43 juta di dalam premis tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Siti Bayan berkata, kira-kira dua jam kemudian pihaknya menahan seorang lelaki warga India yang cuba menyeludup masuk dadah jenis ketamin seberat 12 kilogram bernilai RM480,000 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: