Sunday, April 8, 2012

Semakin ramai pesakit kanser sembuh


IKRAM SHAH (belakang, tiga dari kiri) bersama kanak-kanak yang menghidap kanser pada majlis Perhimpunan Sosial Kanak-Kanak Kanser Ke-10 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bilangan pesakit kanser kanak-kanak, leukemia limfoblastik akut, yang berjaya disembuhkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini meningkat kepada 90 peratus berbanding 65 peratus pada tahun 2002 berikutan penggunaan rawatan protokol baharu.

Pakar Perunding Kanan PPUM, Profesor Dr. Hany Ariffin berkata, rawatan protokol yang dikenali sebagai kaedah molekular itu dapat mengenal pasti secara tepat penanda prognistik yang buruk pada pesakit selain memberikan terapi intensif dengan segera.

Unit Onkologi Pediatrik PPUM adalah unit kedua terbesar selepas Hospital Kuala Lumpur yang menyediakan rawatan kanser kanak-kanak. Ia menerima rujukan kes kira-kira 120 pesakit kanser kanak-kanak setiap tahun.

"Melalui rawatan protokol baharu ini kita masih menggunakan ubat yang sama, cuma caranya yang lebih sofistikated, bergantung kepada stratifikasi risiko iaitu risiko standard, risiko sederhana dan risiko tinggi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Sosial Kanak-Kanak Kanser Ke-10 di Universiti Malaya semalam.

Turut hadir ialah Pengarah PPUM, Profesor Datuk Dr. Ikram Shah Ismail

Beliau berkata, kos merawat pesakit kanser kanak-kanak adalah kira-kira RM80,000 seorang dengan PPUM menanggung sebahagian kos rawatan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: