Teroka pasaran China

Syarikat pengeluar produk bihun milik penuh Bumiputera, Elham-Q Malaysia Sdn Bhd menerusi jenama Bihun Sufi optimis capai sasaran memasuki pasaran China, Oktober tahun ini.

Pengarah Urusannya, Shawal Akhbar Mohamed berkata, Bihun Sufi kini dieksport ke Jeddah, Dubai dan Indonesia.

“Kami yakin memasuki pasaran China akan memberi peluang perniagaan lebih besar kepada produk itu.

“Bagi memenuhi kapasiti pengeluaran, kami kini dalam perancangan membuka kilang di Pedas, Negeri Sembilan dan bakal beroperasi Julai nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pengeluaran minimum Bihun Sufi kini mencecah 180,000 peket sebulan.

Shawal berkata, dengan pembukaan kilang itu nanti, pengeluaran Bihun Sufi dijangka meningkat sehingga empat kali ganda berbanding pasaran sekarang.

“Kami merancang memasuki pasar raya seperti Giant dan Tesco pertengahan 2012, selain boleh didapati di semua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seluruh negara.

“Selain itu, kami juga menjadi pembekal bihun di semua tadika Kemas seluruh negara dan 480 sekolah agama di Selangor,” katanya yang turut memberi peluang pekerjaan kepada ibu tunggal, bekas banduan dan orang kurang upaya (OKU).

Shawal berkata, rangkaian perniagaannya turut mengalu-alukan individu berminat menjadi pengedar.

Katanya, antara keistimewaan Bihun Sufi adalah kerana mempunyai 80 peratus kandungan beras berkualiti tinggi dan tidak perlu direndam dengan air panas, seba­li-­k­nya menggunakan air sejuk selama 10 hingga 15 minit.