MUMBAI: Bintang Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK berpendapat kemenangan sesebuah anugerah adalah penting walaupun dia sudah memenangi pelbagai bentuk anugerah dan penghargaan daripada kerja-kerja seninya.
Terbaru, aktor itu tersenarai dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Filmfare menerusi lakonannya dalam Don 2: The King Is Back yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini.
“Anugerah adalah sesuatu yang penting. Insya-Allah, saya akan berasa gembira untuk mana-mana filem yang meraih anugerah pada acara itu (Filmfare) nanti,” katanya kepada pemberita pada acara pengumuman senarai calon anugerah itu, malam Jumaat.
Khan dicalonkan dalam kategori tersebut di samping Ajay Devgan untuk filem Singham, Amitabh Bachchan (Aarakshan), Hrithik Roshan (Zindagi Na Milegi Dobara), Ranbir Kapoor (Rockstar) dan Salman Khan (Bodyguard).
Pada tahun lalu, Khan memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik atas lakonan cemerlangnya dalam My Name Is Khan (2010).
Bintang-bintang Bollywood berhimpun pada acara pengumuman senarai calon Anugerah Idea Filmfare ke-57 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Januari ini di Film City, Goregaon, di sini.
Antara barisan bintang yang hadir termasuklah Madhuri Dixit, Karan Johar, Zoya Akhtar, Asin Thottumkal, Anurag Kashyap, Juhi Chawla, Tusshar Kapoor dan Imtiaz Ali.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: