Friday, January 27, 2012

RISDA sasar tingkat pendapatan peserta kepada RM2,500


MOHD. SHAFIE (dua dari kiri) melihat produk Mas Cotek keluaran Moro Seri Utama Enterprise selepas majlis perasmian Perhimpunan PMR Peringkat Nasional di Gopeng semalam.


GOPENG – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyasarkan untuk membantu meningkatkan pendapatan purata bulanan pekebun kecil getah di seluruh negara daripada RM2,000 kepada RM2,500 pada tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sasaran tersebut akan menjadi agenda utama RISDA sepanjang tahun ini.

“Selain itu, RISDA menyasar untuk membayar dividen sebanyak RM300 juta kepada peserta pada tahun ini berbanding RM196 juta yang diberikan pada tahun lalu,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Pemaju Masyarakat RISDA (PMR) Peringkat Nasional di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) di sini semalam.

Dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad itu, seramai 522 PMR seluruh negara menerima sijil penghargaan berikutan sumbangan mereka dalam menjayakan agenda agensi terbabit dalam membantu pekebun kecil pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: