Friday, January 6, 2012

Rezeki setia di Giant

SEBAHAGIAN daripada pemenang teruja menerima hadiah masing-masing dalam satu majlis yang diadakan di Pasar Raya Besar Giant Kelana Jaya, baru-baru ini.


KESETIAAN Hanim Hanizah Hashim, 39, menjadi pelanggan tetap pasar raya besar, Giant sejak bertahun-tahun lalu dibalas dengan hadiah yang lumayan.

Manakan tidak, ibu kepada dua cahaya mata yang berasal dari Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor itu diumumkan sebagai pemenang utama peraduan Giant-VISA Spot & Win Fasa Dua dengan membawa membawa pulang sebuah kereta Suzuki Swift bernilai RM78,000.

Replika kunci kereta itu disampaikan oleh Pengarah Pemasaran GCH Retail (Malaysia), Ho Mun Hao di Pasar Raya Besar Giant Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Hanim yang merupakan seorang suri rumah berkata, dia telah menghantar sebanyak 16 penyertaan dalam peraduan yang berlangsung di seluruh negara bermula dari 26 Ogos hingga 14 Oktober lalu.

“Saya memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menang dan menghantar banyak penyertaan, setidak-tidaknya ia mampu mencerahkan peluang untuk memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan.

“Namun, siapa sangka dapat hadiah utama pula. Ini mungkin rezeki tahun baru dan menjadi pelanggan setia Giant selama ini,” katanya yang berkunjung ke pasar raya besar itu sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Selain Hanim, terdapat dua pemenang hadiah pertama membawa pulang hadiah berupa sebuah motosikal Yamaha Ego S115cc bernilai RM4,688 setiap satu.

Sementara itu, empat pemenang telah terpilih untuk memenangi hadiah kedua berupa sebuah televisyen TV LED bernilai RM3,999.

Lapan pemenang tempat ketiga pula memenangi hadiah telefon bimbit bernilai RM2,599 dan 50 baucar hadiah Giant bernilai RM200.

Sementara itu, Mun Hao memberitahu, peraduan Giant-VISA Spot & Win sebelum ini telah diadakan dalam dua fasa.

Katanya, peraduan fasa kedua kali ini menawarkan hadiah kepada 60 pemenang yang secara keseluruhannya bernilai RM250,000.

“Pertandingan sebegini sangat popular dalam kalangan pelanggan kami kerana ia bukan sahaja mudah untuk disertai tetapi, hadiah yang ditawarkan juga adalah sangat lumayan.

“Apa yang perlu dilakukan oleh para pelanggan ialah membelanjakan sekurang-kurangnya RM60 dengan Kad Debit Visa mereka sebelum menjawab dua soalan mudah dan mengira bilangan logo Visa,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: