|
|
BARU 24 jam dibuka, restoran Club 40/40 milik suami Beyonce Knowles, Jay Z sudah diperintah tutup! Perintah tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan New York City atas alasan ia melanggar piawaian kesihatan.
Menurut laporan Aceshowbiz, pemeriksa telah menemui 69 kesalahan yang dilakukan oleh restoran milik Jay Z itu. Ini termasuklah cara pengolahan makanan yang dianggap mampu mengancam kesihatan pelanggan mereka, suhu pendingin hawa yang sepatutnya 42 darjah celsius dinaikkan kepada 60 darjah celsius serta penyimpan makanan panas dengan suhu yang terlalu rendah yang telah membuat kebanyakan daging yang disimpan hampir busuk.
"Jika anda membiarkan ini terjadi, maka anda akan membahayakan banyak orang. Satu pakej makan malam dan tarian mewah tidak boleh sejajar dengan penyakit yang mungkin timbul akibat makanan itu," ujar salah seorang pemeriksa yang memeriksa restoran tersebut.
Arahan penutupan restoran itu nyata bertentangan dengan gaya mewah yang diwar-warkan Jay Z sebelum ini. Ia telah menelan belanja mencecah RM40 juta hanya untuk diubah suai dalam tempoh 10 bulan. Malah satu acara perasmian yang baru dijalankan sehari sebelum ia diarah tutup merupakan majlis perasmian buat kali kedua selepas ia pernah diarah tutup pada bulan Mac 2010 kerana melanggar piawaian kesihatan dengan 39 kesalahan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: