Thursday, January 5, 2012

Penduduk kecewa DBKL gagal selesai isu sampah


TIMBUNAN sampah-sarap kelihatan memenuhi sebahagian Jalan Tiga di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menjadikan Jalan Tiga di Jalan Chan Sow Lin di sini sebagai tempat pelupusan sampah merimaskan pekerja dan peniaga di kawasan berkenaan.

Menurut mereka, lebih mengecewakan apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal menangani masalah itu meskipun ia telah berlarutan sejak Februari tahun lalu.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai, Tan, 45, mendakwa, sampah di kawasan itu dibuang oleh orang yang tidak dikenali dari kawasan lain dengan menggunakan lori satu tan.

Katanya, perbuatan itu dipercayai dilakukan sekitar pukul 1 pagi bagi mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa.

"Masalah ini berlaku sejak Februari tahun lalu tetapi sampai sekarang tiada penyelesaian berkesan yang diambil.

"Kita harap DBKL mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: