Monday, January 9, 2012

Pembangunan di pulau buatan berjalan lancar di Dubai


PEMBANGUNAN dilihat dilakukan di salah sebuah pulau buatan di Dubai kelmarin.


DUBAI - Kerja-kerja pembinaan di pulau buatan manusia yang terletak di luar pantai Jumeirah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berjalan dengan lancar.

Sejumlah pulau buatan manusia itu mempunyai 300 pulau tiruan yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu, rumah peribadi, hartanah, resort impian dan komuniti.

Ia dimajukan oleh syarikat pembinaan, Nakheel Properties.

Menurut syarikat itu, pulau pertama akan dibuka dalam tempoh terdekat dengan pelancaran Kelab Pantai Pulau Dunia.

Resort itu pada mulanya dijangka dibuka pada suku keempat 2011 tetapi kerja-kerja pembinaan projek tersebut ditangguhkan menyebabkan ia lewat disiapkan.

Resort eksklusif di pulau itu memerlukan seseorang ahli membayar sebanyak AS$10,890 (RM34,249) selama setahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: