Pasangan kekasih dihukum gantung

AYER KEROH - Sepasang kekasih didakwa mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah, boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Tertuduh, Mohd Khairi Pungut, 29, dan kekasihnya Rosmini Othman, 28, dituduh di Mahkamah Tinggi, di sini semalam bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan disabitkan ke atas mereka.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didapati bersama-sama mengedar 30.54 gram heroin dan 9.21 gram monoacetylmorphines di sebuah rumah beralamat Batu 22 1/2, Kampung Kemunting, Pengkalan Balak, Alor Gajah kira-kira jam 12.45 tengah hari pada 12 Ogos 2011.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didapati bersama-sama memiliki dadah kanabis seberat 50.94 gram di tempat, masa dan tarikh sama.

Mereka juga dituduh memiliki 4.37 gram methamphetamine pada tarikh, tempat dan masa sama dan melakukan kesalahan di bawah Seskyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.