Orang ramai dan ahli kelab atlet Pacesetters berpeluang memenangi hadiah RM45,000 terdiri daripada wang tunai, trofi dan produk melalui Mizuno Wave Run (MWR) sejauh 10 kilometer di Stadium Universiti Putra (UPM).
Pengurus Pemasaran Komunikasi, Joachim Heng berkata, penganjuran larian itu diadakan sejak 2005 dengan penyertaan 900 peserta melibatkan enam kategori.
“Sejak tujuh tahun lalu, larian itu berkembang menjadi acara 10 kilometer paling popular di Lembah Klang melibatkan peserta dari Kenya, Australia, United Kingdom, Singapura dan Thailand.
“Kualiti organisasi menjadi kriteria utama bagi penyertaan larian itu serta menjurus kepada kejayaan mereka. Larian itu mendapat perhatian 4,400 peserta dan 98 peratus daripadanya menghadirkan diri,” katanya.
Menurutnya, program itu menjadi sebahagian komitmen dan sumbangan kepada pelanggan setia Mizuno sebagai tanda sokongan.
Friday, January 20, 2012
Mizuno Wave Run tawar hadiah RM45,000
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: