Saturday, January 28, 2012

Mandat 4 bank

KERJASAMA ...Hamad Kama menyaksikan pertukaran dokumen  antara Ketua Timbalan Presiden Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat (kiri) dan Dr Irwan, semalam.
KERJASAMA ...Hamad Kama menyaksikan pertukaran dokumen antara Ketua Timbalan Presiden Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat (kiri) dan Dr Irwan, semalam.

MALAYSIAN Development Holdings Sdn Bhd (MDHSB) menandatangani perjanjian dengan empat institusi perbankan bagi menguruskan pinjaman Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang mula dibuka kepada orang ramai mulai Isnin ini.

Keempat-empat institusi kewangan itu adalah Malayan Banking Berhad (Maybank), CIMB Bank, RHB Bank Berhad (RHB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, skim itu ditawarkan kepada mereka yang bergaji rendah dengan pendapatan kasar isi rumah antara RM500 dan RM3,000 sebulan.

“Pinjaman yang ditawarkan sebanyak RM5,000 bagi tempoh pelaburan lima tahun. Pulangan pelaburan yang ditawarkan adalah sebanyak 12 peratus setahun dengan pulangan RM134 sebulan.“Sepanjang tempoh itu, peminjam perlu membayar RM84 sebulan dan jika tidak pernah membuat sebarang pengeluaran, mereka bakal menerima RM13,000 selepas tempoh matang,” katanya kepada sidang media di ibu negara, semalam.


Turut hadir pada majlis itu, Lembaga Pengarah MDHSB, Datuk Dr Irwan Serigar Abdullah.

Menurut Hamad Kama, skim itu ditawarkan kepada 100,000 peserta dan peminjam tidak dikenakan sebarang kadar faedah memandangkan ia ditanggung kerajaan.

“Kerajaan melalui MDHSB menyediakan RM100 juta di dalam bentuk subsidi bagi membayar kadar faedah kepada institusi kewangan.

“Skim ini bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya berjimat serta bijak melabur.

“Dana itu akan dibuka kepada permohonan mulai Isnin ini. Pemohon perlu menyediakan dokumen asal dan salinan kad pengenalan, kad pengenalan pasangan (satu salinan jika berkahwin) dan dokumen pengesahan pendapatan (satu salinan). Bagi mereka yang tidak mempunyai penyata pendapatan, boleh mendapatkan pengesahan dari ketua kampung melalui bahagian perisytiharan pada Borang Permohonan Sara 1Malaysia,” katanya.


Fakta

Pinjaman: RM5,000
Tempoh pelaburan: 5 tahun
Pulangan: 12 peratus setahun atau RM134 sebulan
Jumlah selepas matang: RM13,000

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: