PASADENA, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez dan bekas suaminya Marc Anthony kembali bersama kelmarin bagi mempromosikan projek baharu mereka.
Kedua-dua bintang itu sebelum ini mengumumkan bahawa mereka menamatkan perkahwinan selepas tujuh tahun hidup bersama.
Lopez dan Anthony muncul di atas pentas bagi memberitahu bahawa satu siri program muzik baharu di televisyen yang dikendalikan mereka yang berjudul Q'Viva! The Chosen akan disiarkan pada 28 Januari depan.
Anthony turut membantu Lopez untuk menaiki tangga pentas dengan menghulurkan tangannya.
Kedua-dua bintang itu bersama Jamie King mengembara ke utara dan selatan Amerika untuk mencari artis yang akan datang ke AS untuk menyertai satu persembahan secara langsung tentang muzik dan hiburan Latin.
Siri itu mempunyai 12 episod di AS dan di stesen berbahasa Sepanyol di Amerika Latin.
"Kami mempunyai masa yang hebat semasa bekerjasama," kata Lopez.
Menurutnya, dia akan menerbitkan satu lagi musim jika program pertama itu berjaya.
Anthony berkata, terdapat silap faham tentang program Q'Viva! The Chosen itu.
"Kami bukannya hakim," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: