Laurique bakal masuk pasaran baru

Syarikat pengeluar sabun herba dan minyak kepala dara milik penuh Bumiputera, D’Excellence One Marketing Sdn Bhd menerusi jenama Laurique optimis memasuki pasar raya besar tempatan antaranya Tesco dan Giant dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengarah Urusannya, Noor Azuan Abu Bakar berkata, pasaran jenama Laurique kini meluas di farmasi terpilih di Kedah dan Perak, manakala pasaran Johor dan Kuala Lumpur di-edarkan menerusi ejen.

“Jenama kami juga dipasarkan di beberapa kedai cawangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Agro Bazaar dan K-Shoppe.

“Kami berharap dapat membuka kilang lebih besar bagi menampung kapasiti pe-ngeluaran produk pada masa akan datang,” katanya, yang kini hanya mempunyai bengkel memproses sabun herba.

Menurutnya, bagi mempelbagaikan produk, Laurique ba-kal menghasilkan beberapa produk baru seperti sabun daripada rumpai laut dan lumut air tawar serta syampu daripada herba.

Katanya, sabun herba mampu dihasilkan 30 ribu biji sebulan dan dilakukan 100 peratus menggunakan tangan diikuti pendapatan bulanan boleh mencecah RM10,000.

“Sabun herba sedia ada mempunyai 12 jenis antaranya coklat pudina, kemiri, roselle, oatmeal dan kopi vanila serta kayu manis.

“Manakala, harga turut dijual serendah RM10 seketul bergantung kepada saiz yang diinginkan pelanggan,” katanya yang beroperasi sejak 2009.