BINTANG kacak, Johnny Depp dan kekasihnya, pelakon Vanessa Paradis dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengakhiri ikatan cinta mereka.
Radar Online melaporkan, sumber terdekat pasangan itu memberitahu walaupun berat untuk berbuat demikian tetapi mereka terpaksa memilih jalan itu kerana tidak lagi mempunyai persefahaman.
"Keadaan Johnny ketika ini tidak baik dan orang-orang disekelilingnya risau akan keadaan dirinya. Hubungan mereka dilihat tidak lagi mempunyai jalan penyelesaian," ujar sumber itu.
Walaupun tidak berkahwin, pasangan itu telah dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Lily-Rose dan Jack.
Sumber tersebut turut memberitahu, pasangan itu juga telah menemui pakar kaunseling untuk menyelesaikan masalah mereka.
"Johnny memang sangat berbakat dalam dunia lakonan tetapi kali ini dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya dan kesedihan itu kelihatan jelas," ujarnya.
Disaat kekecohan hubungan mereka berantakan, pada sambutan tahun baru lalu Johnny dan Vanessa kelihatan menghabiskan masa bersama-sama di Los Angeles bersama anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: