KUALA LUMPUR: Syarikat korporat yang mengeluarkan penapis air Diamond bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menawarkan 1,000 peluang pekerjaan untuk ibu tunggal melalui Pakej Penyayang dengan pendapatan tetap RM1,000 sebulan.
“Pembabitan wanita terutama di kalangan ibu tunggal dalam pasaran kerja diharap dapat membantu mereka menstabilkan ekonomi keluarga, selain menjana pendapatan sampingan untuk sara hidup harian,” katanya pada sidang media Projek Penyayang, di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Nature Environment Product Sdn Bhd, Tong Siew Bee dan Pengarah Eksekutifnya, K C See.
Heng berkata, melalui Pakej Penyayang itu, ibu tunggal yang layak akan diberi latihan menyelenggara penapis air Diamond sebelum menjalankan khidmat selenggara mengikut senarai pelanggan sedia ada.
“Tidak perlu mencari pelanggan baru kerana tugas mereka hanya menyelenggara alat penapis saja, malah bagi memudahkan pergerakan, syarikat akan memastikan lokasi pelanggan perlu ditemui hanya di sekitar tempat tinggal peserta saja.
“Harapan kita ingin membantu ibu tunggal mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
“Bagaimanapun, peserta perlu mencapai sasaran ditetapkan Diamond iaitu 50 mata sebulan bersamaan bonus RM300 dan seterusnya dibayar RM26 bagi setiap mata tambahan yang berjaya diperoleh mereka,” katanya.
Katanya, ibu tunggal berminat boleh menghadiri temu duga terbuka yang dijalankan pada Rabu depan di 10 lokasi terpilih atau hubungi 03-8947 3333 dan layari laman web www.diamondhomespring.com/singlemothers untuk sebarang pertanyaan lanjut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: