
SUPERMODEL terkemuka dunia, Heidi Klum bakal menfailkan penceraian terhadap suaminya, penyanyi, Seal dalam beberapa hari lagi.
Aceshowbiz melaporkan alasan pasangan itu bercerai adalah kerana perbezaan antara mereka yang tidak dapat diselesaikan sebagai punca.
Berita tersebut telah disahkan sendiri oleh pasangan tersebut kepada majalah People pada Ahad.
"Kami bahagia sepanjang tujuh tahun bersama tetapi mengambil keputusan untuk berpisah," ujar Heidi.
Heidi dan Klum yang dilihat sebagai antara pasangan romantik Hollywood telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata bersama manakala Heidi mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya dengan Flavio Briatore seorang ahli perniagaan daripada Itali.
Heidi, 38, dilaporkan bakal menfailkan penceraian mereka di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles pada minggu ini.
Dalam pada itu, Seal atau nama sebenarnya, Seal Henry Samuel, 48, sempat menghantar satu mesej ringkas di laman Twitter miliknya pada Jumaat lalu dengan menyatakan: 'The End'.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: