Monday, January 16, 2012

Dua sekolah ditutup akibat banjir


MOHD. FAKRUL AHMAD (kiri) bersama rakannya, Harda Isfi Asraf Hasan (kanan) dan Amsyiar Dania Irami murid tahun enam mengangkat rak buku yang terbalik kerana ditenggelami air dalam sebuah kelas di SK Kampung Buloh, Setiu semalam.


SETIU - Dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut dan SK Kampung Buloh dekat Bandar Permaisuri di sini terpaksa ditutup sementara akibat banjir yang berlaku sejak malam tadi.

Ini merupakan kali kedua SK Kampung Besut ditutup akibat banjir selepas kejadian pertama semasa penggal persekolahan mula dibuka pada 3 Januari lepas.

Penutupan kedua-dua sekolah terbabit menyebabkan seramai 736 murid diberikan cuti hingga keadaan kembali pulih.

Jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Setiu berkata, sekiranya keadaan tidak berubah, sekolah akan terus ditutup dan para pelajar akan mengganti cuti berkenaan pada Sabtu.

"Pada awal musim baharu persekolahan dua minggu lalu, banjir turut melanda Kampung Pelong dan Kampung Jalan Hulu dekat sini menyebabkan SK Kampung Besut dan Kampung Bukit terpaksa ditutup," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: