LOS ANGELES: Aktres Demi Moore telah dimasukkan ke hospital kerana tekanan emosi, keletihan dan beberapa masalah kesihatan.
Laman web tmz.com melaporkan aktres berusia 49 tahun ini dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu selepas paramedik menerima panggilan daripada kediamannya.
Difahamkan, aktres itu sedang menjalani rawatan susulan profesional.
Alasan sebenar yang menyebabkan Moore dibawa ke hospital masih tidak diketahui.
Bagaimanapun wakilnya dalam satu kenyataan berkata: “Demi memutuskan untuk menerima rawatan dan bantuan secara profesional bagi mengatasi masalah tekanan yang dihadapinya.
“Dia terlalu keletihan dan sedang berusaha untuk memperbaiki tahap kesihatannya. Dia tidak sabar untuk kembali sihat dan bersyukur di atas sokongan keluarga dan rakan-rakan.”
Aktres itu berhadapan dengan tekanan dan konflik selepas bercerai dengan suaminya yang juga pelakon, Ashton Kutcher pada hujung tahun lalu selepas enam tahun berkahwin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: