Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU dan pasangannya pelakon cantik berbakat Lisa Surihani akan membuat pengumuman istimewa kepada media pagi esok. Apakah dia pengumuman itu? Pastinya mereka akan membuat pengumuman pasal perancangan pernikahan. Cerita pasal hubungan mereka bukan lagi rahsia. Hanya menunggu pengumuman rasmi sahaja. Tak tahulah kut-kut pengumuman pasal filem mereka. Majlis tersebut akan diadakan di sebuah hotel di Putrajaya pada pukul 10.30 pagi esok. Kalau benar ia pasal perancangan pernikahan mereka, pasti akan disambut baik oleh peminat. Selain dapat restu keluarga, hubungan mereka juga disenangi peminat.Mangga Online juga tumpang gembira. Baik Yusry atau Lisa tidak pernah menafikan menjalin hubungan istimewa, tapi bila bercakap pasal perancangan perkahwinan, mereka mahu mendahulukan keluarga. Tidak lama dulu kecoh bila ada media yang menyiarkan laporan kononnya Yusry membuat pengakuan merancang mengahwini Lisa pada tahun depan. Tapi pihak KRU kemudiannya membuat penafian mengatakan perkara itu timbul kerana salah tafsiran. Apatah lagi pada masa itu keluarga kedua-dua belah pihak belum membuat sebarang keputusan. Kepada peminat Lisa dan Yusry tunggulah pengumumannya esok. Dijangkakan mereka akan membuat pengumuman tarikh perkahwinan yang dirancang tahun depan. Tunggu ya. Mangga Online akan segera menyiarkan berita terkini selepas pengumuman pasalnya dibuat. |
Saturday, December 24, 2011
Yusry & Lisa umum nak kahwin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: