Tuesday, June 7, 2011

Sistem biometrik bermula bulan ini


HISHAMMUDDIN (dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang pelanggan yang ingin membuat laporan polis selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sistem biometrik akan dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan bermula hujung bulan ini bagi mengurangkan kadar jenayah antarabangsa dan kemasukan beramai-ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini yang kini mencecah dua juta orang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan pelaksanaan sistem itu, agensi penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dapat memantau setiap pendatang asing yang memasuki negara sama ada secara sah atau tidak.

“Apa yang diutamakan ialah risikan dengan mengenal pasti tujuan setiap PATI atau warga asing yang datang ke negara ini secara sah agar tidak memberi ancaman kepada negara.

“Kita tidak pasti sama ada mereka yang memasuki negara ini kerana mahu bekerja atau melakukan jenayah. Sebagai contoh, seorang pengganas itu boleh membawa kemusnahan kepada sesebuah negara dan ini yang membimbangkan jika tidak ditangani,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: