Tuesday, December 7, 2010

Rugi RM500,000 premis hangus


BEGINILAH keadaan sebuah kedai menjual dan membaiki tangki air yang hangus dalam kebakaran di Jalan Padang Lalang, Kuantan semalam.


KUANTAN – Pemilik sebuah kedai menjual dan membaiki tangki air kenderaan terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 apabila premis yang diusahakan sejak lima tahun lalu itu musnah dalam kebakaran di Jalan Padang Lalang di sini semalam.

Ketika kejadian pada pukul 2 pagi itu, pemilik kedai terbabit, Chen Wai Foong, 43, berada di rumahnya di Taman Muhibah, Bukit Bay Route di sini. Dia kemudian bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada rakannya.

“Sebaik sahaja tiba di kedai, saya lihat api sudah marak.

“Kebakaran itu menyebabkan saya kerugian RM500,000 apabila semua peralatan hangus,” kata Chen Wai ketika ditemui di sini semalam.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia bersama isterinya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuantan kira-kira pukul 6 pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: