![]() |
| |
MUMBAI - Pelakon Bollywood, Priyanka Chopra (gambar) menolak untuk menari pada sambutan Tahun Baru di sebuah hotel lima bintang, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurutnya, dia menolak sebarang tawaran menari di hadapan penonton dalam majlis tertutup tersebut walaupun ditawarkan bayaran tinggi.
Baru-baru ini, dia ditawarkan untuk menari dengan bayaran lebih tinggi daripada lakonannya dalam sebuah filem.
"Chopra berasa amat tidak selesa untuk menari di hotel di depan penonton secara langsung. Dia tidak mempunyai perasaan yang selesa semasa melakukan persembahan seperti itu," kata satu sumber.
Selain Priyanka, pelakon Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan juga pernah menolak untuk menari dalam majlis perkahwinan.
Namun, terdapat pelakon lain yang akan memenuhi undangan menari.
Pelakon Bipasha Basu dan Mallika Sherawat dikatakan akan menari dalam sambutan tahun baru 2011.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: