Friday, December 10, 2010

Polis lumpuhkan Geng Autogate


DUA pegawai polis menunjukkan barangan curi dan peralatan yang digunakan oleh Geng Autogate di Seri Kembangan semalam.


SERI KEMBANGAN – Kelicikan Geng Autogate yang menyasarkan rumah mewah mempunyai pintu pagar automatik sebagai lokasi samun berakhir apabila ketua dan lima anggota kumpulan itu ditahan polis dalam Ops Lejang di Sungai Jelok, Kajang dekat sini kelmarin.

Modus operandi geng yang bergiat cergas sejak setahun lalu itu ialah memecah masuk rumah ketika mangsa nyenyak tidur di antara pukul 3 hingga 6 pagi dengan mengumpil pintu pagar automatik dan kemudian mencuri barangan di dalam rumah sebelum mengambil kunci kereta mewah untuk dilarikan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, suspek dan ahli geng tersebut yang berusia dalam lingkungan 30-an memang menjadi buruan polis kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan samun dan mencuri kereta mewah di sekitar Seri Kembangan dan Kajang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: