KUALA LUMPUR - Memiliki kolam renang di pekarangan rumah sendiri sentiasa diimpikan bagi setiap keluarga terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai anak-anak kecil untuk beriadah pada waktu senggang.
Bagi golongan dewasa pula, ia akan dijadikan sebagai tempat untuk beriadah kerana berenang merupakan antara senaman yang terbaik untuk penjagaan kesihatan selain berjoging atau berbasikal.
Namun bukan semua individu mampu memiliki kolam renang di kawasan rumah kerana ia menelan perbelanjaan yang besar di samping ruang yang luas diperlukan untuk membinanya.
Bagaimanapun, impian itu dapat direalisasikan kini melalui usaha yang dijalankan oleh sebuah syarikat tempatan, SmartPools Sdn. Bhd. (SmartPools) yang menawarkan kemudahan untuk membina kolam renang di kediaman masing-masing meskipun memiliki keluasan tanah yang terhad.
Menurut Ketua Jualan SmartPools, AJ Meenai, sebuah kolam renang mini berukuran 4.5 meter x 2.4 meter atau sebesar kereta import sedan yang dikenali sebagai SmartPools Arena boleh menjadi milik anda dengan kos serendah RM58,500 yang turut meliputi kerja-kerja pemasangan dan penghantaran.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: