Monday, December 6, 2010

Melatih pelajar jadi usahawan


PARA pemenang bersama piala dan sijil kemenangan masing-masing selepas tamat program Pameran Pencapaian Tahunan Usahawan Muda AMCHAM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Program Usahawan Muda American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) merupakan salah satu platform terbaik untuk pelajar Tingkatan Empat menyerlahkan potensi masing-masing dalam dunia perniagaan.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul W. Jones berkata, melalui program pendidikan komuniti itu, pelajar terbabit diberi satu peluang unik untuk menguruskan sepenuhnya sebuah perniagaan perusahaan.

Beliau menjelaskan, program ini turut mendapat tajaan oleh syarikat sebenar yang membantu dalam menyediakan peluang praktikal untuk para pelajar meningkatkan pemaha-man mengenai peranan seorang usahawan.

Menurut Jones, sebagai sebahagian daripada latihan kemahiran program ini, AMCHAM turut menyediakan satu persekitaran perdagangan untuk peserta menjual produk mereka kepada orang awam.

"Mereka menjual produk-produk buatan sendiri kepada orang ramai semasa acara Jualan Usahawan Muda di The Curve, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

"Acara itu dilihat mampu meningkatkan kemahiran keusahawanan selain dapat menyumbang sebahagian daripada hasil jualan mereka ke arah kebajikan," katanya pada Pameran Pencapaian Tahunan program itu, di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama, Selangor muncul sebagai penerima Anugerah Pengusaha Terbaik 2010 dan turut mengungguli kategori Anugerah Produk Terbaik.

Manakala Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, Petaling Jaya, Selangor pula memenangi Anugerah Laporan Tahunan Terbaik berdasarkan pembentangan mengenai aktiviti tahunan sekolah, cabaran yang dihadapi dan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi cabaran tersebut.

PARA pemenang bersama piala dan sijil kemenangan masing-masing selepas tamat program Pameran Pencapaian Tahunan Usahawan Muda AMCHAM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: