Wednesday, December 15, 2010

Kubu barang tiruan bolos

PERIKSA...seorang peniaga warga asing yang ditahan dalam serbuan di bangunan terbabit, semalam.
PERIKSA...seorang peniaga warga asing yang ditahan dalam serbuan di bangunan terbabit, semalam.
RAMPAS...anggota penguat kuasa memeriksa beg yang dirampas, semalam.
RAMPAS...anggota penguat kuasa memeriksa beg yang dirampas, semalam.

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama dianggap kubu kebal, sebuah bangunan 20 tingkat yang menjadi sarang dan stor sindiket pengedaran barangan tiruan dibolosi pihak berkuasa semalam.

Sebelum ini, bangunan terbabit sukar dimasuki pihak berkuasa berikutan dilengkapi puluhan kamera litar tertutup (CCTV) dan tonto yang lengkap dengan walkie-talkie.


Malah, premis yang terletak di Chow Kit, di sini itu turut dilengkapi sistem keselamatan khas dan nombor kod pada pintu dan lif yang membolehkan hanya anggota sindiket memasuki stor sulit terbabit.Bagaimanapun, sarang sindiket pengedaran barangan tiruan terbabit diserbu pihak berkuasa selepas lebih 100 anggota pihak berkuasa pelbagai agensi menggempur bangunan terbabit semalam.


Dalam operasi jam 1 tengah hari itu, sepasukan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen menyerbu bangunan terbabit serentak.


Sumber berkata, operasi membabitkan 100 anggota penguat kuasa itu menembusi semua sistem keselamatan bangunan terbabit berikutan dibantu beberapa pakar selain tindakan pantas memintas pergerakan tonto yang berkawal di bawah bangunan terbabit.Menurutnya, hasil serbuan mendadak itu, sebanyak lapan stor yang digunakan untuk menyimpan pelbagai beg tangan berjenama tiruan dibongkar .


“Hasil pemeriksaan mendapati sindiket terbabit menyimpan pelbagai jenis beg tangan berjenama tiruan antaranya Adidas, Gucci, Levis, Timberland dan Mont Blanc.

“Serbuan berkenaan dianggap berjaya selepas pihak berkuasa merampas 4,091 beg pakaian dan dompet berjenama palsu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000 mengikut nilai pasaran,” katanya.Menurutnya, pihak berkuasa percaya, bangunan terbabit stor utama bagi kegiatan pengedaran barangan tiruan sekitar Lembah Klang berdasarkan bilangan stor dan jumlah rampasan diperoleh.


“Bagaimanapun, kebanyakan ahli sindiket melarikan diri sejurus menyedari pihak berkuasa membolosi sistem keselamatan bangunan itu,” katanya.


Menurutnya, kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman penjara tiga tahun maksimum atau denda RM 100,000.


Sementara itu, Ketua Penguatkuasa KPDNKK, Othman Nawang yang ditemui semalam berkata, pihaknya akan mempergiatkan operasi gerak gempur sindiket barangan cetak rompak dan tiruan di sekitar ibu kota Menurutnya, setakat ini 203 kes serbuan barangan cetak rompak dan barang tiruan dilakukan pihaknya membabitkan jumlah rampasan lebih RM5 juta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: